Isu Syria

on Friday, February 17, 2012



Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

Orang Kelantan Melayu Sebenar

on Friday, November 12, 2010

Orang Kelantan Melayu sebenar?

Oleh ROZILAN SALLEH
PULAU PINANG 13 Julai - Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?

Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.

Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

“Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.

Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.

Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

“Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.

CARA JEPUN MEMBINA MODAL INSAN

on Thursday, November 11, 2010



Kali ini saya terpanggil untuk membaca satu artikel yang begitu menarik untuk kita kongsi bersama bagaimana hebatnya peraturan yang dibina oleh masyarakat jepun didalam melahirkan modal insan yang berkualiti dinegara mereka. Setelah lama saya berpendapat bahawa ini lah cara terbaik untuk dicontohi oleh semua pihak tanpa alasan.
Daerah Maizuru hampir sama dengan kawasan ‘kampung’ lain di Jepun. Dalam suasana pagi yang dingin, kawasan luar bandar seperti ini kerap berkabus, tetapi tenang dan harmonis. Maizuru hanyalah sebuah pekan kecil di pinggir laut sebelah utara Pulau Honshu. Ia jauh dari hiruk-pikuk kehidupan kota yang bising dan sibuk segalanya. Bandar besar terdekat dengannya ialah Osaka, kira-kira dua jam perjalanan bas, atau Kobe, kira-kira sejauh ke Osaka juga.
Dalam musim dingin, pada pukul 6 pagi sudah kelihatan matahari di ufuk timur. Pada pukul 8 pagi, matahari sudah tinggi di negeri matahari terbit ini. Inilah masanya, kelihatan suasana agak sibuk. Ketika ini berduyun-duyun di jalan, anak-anak kecil menuju ke destinasi masing-masing, iaitu sekolah. Namun, keadaannya tetap tenang, tidak berserabut dengan hiruk-pikuk dan deruan kereta di jalan-jalan. Anak- anak kecil dan murid-murid sekolah rendah boleh dikatakan hampir kesemuanya berjalan kaki ke tadika atau sekolah mereka.
Inilah kelainannya. Sejak dari umur tadika mereka berjalan kaki ke tempat belajar. Agak jauh. Malah ada yang berjalan hingga kira-kira setengah kilometer dari rumah masing-masing. Dengan itu, tidak berlaku kesibukan kenderaan di hadapan pintu sekolah mereka. Tidak ada deruman enjin motosikal di dalam kawasan sekolah. Keadaan sangat tenang dan harmonis.
Semasa pulang, keadaannya juga demikian. Murid-murid kecil ini pulang bersendirian, tanpa dijemput oleh ibu bapa mereka. Bagi yang berjauhan biasanya mereka kelihatan berjalan berkelompok.
Mengapakah orang Jepun membiarkan anak mereka berjalan sendirian pergi balik ke sekolah? Sikap ini mungkin sukar untuk kita padankan dengan keadaan kita di Malaysia. Jika difikirkan tentang kemampuan tiap keluarga, mereka jauh lebih mampu, kalau setakat hendak menghantar anak ke sekolah dengan kereta masing-masing.
Ini adalah suatu cara mendidik anak mereka, mungkin supaya mulai belajar berdikari. Bagi kita mungkin tidak terlalu mudah melaksanakannya, memandangkan keadaan keselamatan yang masih menghantui kita. Baik keselamatan yang bersifat jenayah mahupun keselamatan jalan raya. Kita boleh memuji mereka kerana telah berjaya menghasilkan situasi yang begitu selamat untuk rakyat mereka.
Pelajar peringkat sekolah menengah pula, kebanyakannya menunggang basikal ke sekolah. Mereka tidak menaiki motosikal seperti kita. Atau naik bas. Atau dihantar oleh ibu bapa. Mereka selesa menunggang basikal.
Suasana seperti ini sungguh berlainan dari suasana pagi di tempat kita. Cuaca mungkin membantu mereka mempunyai sikap seperti itu. Mengayuh basikal dalam keadaan yang dingin tidak terlalu memenatkan. Keadaan cuaca panas mungkin menjadi suatu penghalang utama kepada kita untuk menyuruh anak-anak mengayuh basikal ke sekolah. Namun, ada banyak sikap positif lain yang boleh kita pelajari.
Jepun tidak mengadakan pakaian seragam bagi murid sekolah rendah di seluruh negara. Mereka hanya mempunyai pakaian seragam bagi sekolah menengah masing-masing sahaja. Jadi, pakaian seragam bagi sesuatu sekolah tidak sama dengan sekolah lain. Itu bagi sekolah menengah. Bagi murid sekolah rendah, langsung tidak ada pakaian seragam yang khas. Mereka boleh memakai pakaian apa sahaja yang sopan. Baju, seluar dan kasut tidak perlu seragam.
Jadi, bagaimana kita hendak kenali anak-anak sekolah di luar kawasan sekolah? Mereka boleh dikenali kerana membawa beg sekolah yang sama. Jadi, yang seragam hanyalah beg sekolah mereka. Inilah identiti anak-anak sekolah di Jepun. Mereka hanya boleh dikenali ketika menggalas begnya.
Beg seragam ini dijual oleh pihak kerajaan. Kalau di tempat kita, perkara beg ini sudah tentu boleh menjadi isu besar, kerana harganya ialah antara 30,000 hingga 50,000 Yen, iaitu kira-kira sama dengan RM1,000. Namun, bagi mereka perkara ini sudah biasa. Walaupun mahal tetapi berkualiti tinggi. Lagi pula, soal harga bukan perkara besar bagi mereka kerana rata-rata berpendapatan tinggi.
Beg ini diperbuat daripada kulit. Dan hanya beg inilah yang akan digalas oleh seseorang murid itu, dalam sepanjang pengajiannya di sekolah rendah, dari darjah satu hingga enam.
Ukurannya tidak terlalu besar. Sepadan dengan buku-buku mereka hanya sebesar buku komik Doraemon. Tidak terlalu berat dan memenatkan untuk digalas sejauh setengah kilometer. Corak buku yang tidak terlalu besar ini juga berlaku bagi peringkat sekolah menengah dan kolej-kolej pengajian peringkat lebih tinggi.
Setiap murid mempunyai sepasang kasut berwarna putih yang mesti ditinggalkan di sekolah, tidak boleh dibawa pulang ke rumah. Semua murid pergi ke sekolah dengan menggunakan kasut sendiri, kemudian ditukar dengan kasut khas ketika berada di sekolah. Kasut sendiri disimpan dalam rak khas, hinggalah ditukar semula semasa hendak pulang. ‘Pengurusan keseragaman’ kasut seperti ini dilakukan di sekolah rendah dan juga menengah.
Selain itu mereka juga mempunyai sepasang lagi kasut khas untuk memasuki dewan sekolah. Perkara ini diamalkan supaya lantai dewan itu tidak cepat rosak. Kasut khas ini tidak dibenarkan dipakai di luar atau menyentuh tanah kerana dikhuatirkan sebarang pasir yang melekat boleh mencalarkan lantai.
Perkara ini sangat penting dan dipatuhi oleh semua murid mereka. Semenjak kecil mereka telah ditanam disiplin seperti ini. Mengajar disiplin adalah kunci utama pengajaran mereka di peringkat awal.
Butir-butir pengajaran secara ‘terperinci’ mungkin telah kita remehkan, tetapi tidak bagi orang Jepun. Misalnya, tentang disiplin ketika makan sangat ditekankan di sekolah. Di sekolah rendah, makanan tengah hari disediakan dan murid-murid bergotong-royong sesama sendiri untuk mengedarkan makanan.
Di Malaysia mungkin perkara ini boleh menjadi isu besar dan boleh disalah tafsir sebagai ‘penderaan’ murid, terutamanya yang masih berumur sangat muda. Murid diwajibkan membasuh pinggan sendiri setiap hari, dalam sepanjang pengajian mereka. Mereka juga terpaksa mengangkat dan mengagihkan sendiri makanan yang disediakan oleh pihak sekolah. Semuanya mereka belajar urus sendiri dengan bantuan guru. Dan mereka melakukannya dengan penuh kegembiraan.
Setiap hari murid bertugas yang dilantik akan mengangkat periuk makanan yang dimasak oleh tukang masak sekolah dari bilik masakan ke bilik darjah dan membahagikan makanan ke dalam bekas yang dibawa sendiri oleh murid-murid. Tetapi yang menjadi perhatian saya adalah terlampau telitinya mereka: Murid yang bertugas dan guru juga, tidak pernah lupa memakai pakaian ala chef yang lengkap dengan apron, penutup kepala serta mask. Perkara pakaian khas seperti ini menjadi kewajipan semenjak kecil lagi, hingga tertanam dalam sanubari mereka. Keadaan inilah yang tidak ada di negara kita dan mungkin boleh dipelajari dalam pembinaan jiwa.
Murid-murid akan membawa bekas makanan masing-masing ke tempat pengedaran makanan dan beratur dengan tertib untuk menunggu giliran masing-masing. Setelah makanan diedarkan kepada semua murid, mereka akan duduk di tempat masing-masing menunggu untuk memulakan juadah dengan serentak, iaitu apabila dibenarkan oleh gurunya.
Makanan yang disediakan itu pula memang memenuhi keperluan untuk tumbesaran, tetapi tidak berlebihan. Contohnya ubi kentang sebagai karbohidrat, ikan sebagai protein, berserta sayur-sayuran dan susu. Mereka juga akan menjamah makanan sehingga habis. Ini suatu kemestian. Kalau tidak habis semua orang akan tunggu sehinggalah murid itu menghabiskan makanan sendiri.
Setelah selesai makan, semua orang basuh pinggan sendiri. Murid yang bertugas pula menghantar semula periuk-periuk ke tempat penyediaan makanan. Mereka juga diajar supaya patuh kepada sistem kitar semula bahan sisa. Sebagai contoh, kotak susu akan diletakkan di dalam plastik khas dan tidak boleh dibuang sesuka hati. Sisa-sisa makanan dibuang ke dalam plastik yang disediakan.
Perkara remeh seperti cara-cara membasuh tangan juga diajar dan diamalkan setiap hari sebagai latih tubi. Perkara ini mula diajar semasa umur prasekolah (tadika). Sebelum makan, selepas makan, selepas main, selepas kerja dan sebagainya, tangan mesti dibasuh. Perkara ini sudah menjadi habit. Membasuh tangan pula mesti guna sabun khas untuk tangan. Banyak iklan ditonjolkan dalam media seperti televisyen yang menyarankan kanak-kanak supaya membasuh tangan. Kadang-kadang penekanan seperti ini nampak remeh bagi kita, tetapi sangat penting bagi mereka.
Di setiap sekolah rendah diadakan padang, taman permainan dan kolam renang, di seluruh negeri Jepun. Oleh itu mereka dapat melaksanakan kehendak supaya semua rakyat Jepun tahu berenang. Perkara ini mungkin masih sukar untuk kita capai kerana pengurusan yang memerlukan belanja besar.
Namun, mereka mempunyai cara untuk membantu mengurang perbelanjaan pengurusan ini. Nampaknya, mereka kurang gemar kepada acara sambutan majlis secara besar-besaran. Contohnya, seperti hari penyampaian hadiah atau sambutan hari guru, hanya dilakukan ala kadar. Sikap seperti ini diteruskan sampai ke peringkat universiti. Memanglah kelihatan tidak ‘meriah’ langsung! Tetapi ini mungkin cara mereka untuk berjimat.
Rakyat Jepun mempunyai jiwa yang penuh disiplin dan ‘sivik’. Biar di mana saja mereka berada. Di tempat kerja atau di jalan raya. Mereka adalah bangsa yang tekun bekerja dan memiliki jiwa hendak berlumba-lumba. Ini adalah hasil ‘latih tubi’ disiplin yang diterapkan sejak zaman kanak-kanak.
Bagaimanapun, bukanlah semua perkara yang dimiliki oleh rakyat Jepun ini baik belaka. Misalnya, akibat pemodenan melampau, anak-anak muda kurang minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi seperti universiti. Ini adalah akibat daripada kemudahan mereka untuk mendapat kerja. Setelah tamat diploma di ‘kosen’ (politeknik), mereka boleh terus bekerja dengan gaji yang lumayan. Oleh itu, mereka tidak berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti hanya dengan alasan bagi mendapat kerja yang bagus. Ini berbeza dengan sikap kita di Malaysia. Di Jepun, pelajar yang telah memiliki diploma kolej yang berminat ke universiti hanyalah untuk pengembangan akademik individu sahaja. Tiada kaitan dengan peluang kerja.
Kebanyakan tempat kerja cuma menitikberatkan merit dan kerajinan kerja untuk kenaikan pangkat. Tiada kaitan dengan sijil yang dimiliki. Dalam hal ini pemegang diploma dengan pemegang ijazah universiti tidak banyak berbeza ketika bekerja. Hanya prestasi kerja masing-masing yang diperlukan untuk kenaikan pangkat dan sudah tentunya kenaikan gaji.
Selain itu, masalah buli semakin menjadi-jadi, baik ditempat kerja mahupun di sekolah. Sungguh kerap kita baca kejadian bunuh diri angkara buli yang keterlaluan.
Demikianlah. Di sebalik ketenangan pagi yang berkabus dalam musim dingin ini, ada pula keresahan jiwa dalam segelintir rakyat Jepun. Tiap seorang mengejar cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diminatinya. Kadang-kadang ada juga yang terbabas dalam perlumbaan menjadi manusia terbaik itu

Kenapa Teknologi Jepun Maju?


Kenapa Teknologi di Jepun Maju??


Source:http://atiqahjasni.blogspot.com/2009/08/kenapa-teknologi-di-jepun-maju.html


Mesti ada yang pernah tertanya-tanya bagaimana Jepun boleh menjadi antara negara yang maju serta memiliki teknologi kejuruteraan yang hebat.(bukan teknologi kejuruteraan sahaja yang hebat,teknologi perubatan, makanan, senireka pun hebat)

Kita boleh berandaian bahawa teknologi di Eropah hebat disebabkan mereka telah mencuri idea-idea serta ilmu matematik, sains dan teknologi dari ilmuwan Islam ketika Perang Salib tetapi kita tidak boleh beranggapan sebegitu terhadap teknologi Jepun kerana Jepun tidak pernah menjajah atau berperang dengan dunia Islam.(Tanah Melayu tidak termasuk kerana ketika Jepun menyerang Tanah Melayu tiada ilmuwan Islam yang hebat di Tanah Melayu seperti Ibnu Sina,Ibnu Khaldun.Maafkan saya andai tersilap)

Seperti yang kita semua sedia maklum Jepun adalah negara pulau seperti Filipina dan Indonesia.Oleh sebab itu sukar untuk pengaruh luar untuk memasuki negara Jepun termasuk pengaruh pendidikan Barat.Namun begitu ia tidak bermaksud bahawa pendidikan di Jepun keciciran atau ketinggalan.Buktinya ialah hampir 100% penduduk Jepun ketika di zaman Edo tahu menulis dan membaca tulisan Kanji(sistem tulisan Bahasa Jepun yang menggunakan simbol Bahasa Cina atau bahasa mudahnya ialah Chinese Character).


Faktor yang menyebabkan hampir 100% penduduk di Jepun boleh membaca dan menulis tulisan kanji adalah kesan keberkesanan sistem pendidikan ketika di zaman itu.Walaupun kelihatan agak kejam kerana sistem pendidikan ketika di zaman Edo terbahagi mengikut hierarki namun ia tidak bermakna golongan yang di kelas bawahan tidak mendapat pendidikan yang sempurna.

Sistem pendidikan ketika di zaman Edo terbahagi kepada dua iaitu Hanko dan Terakoya.Hanko adalah sekolah untuk anak-anak samurai serta anak-anak pembesar manakala Terakoya adalah sekolah untuk anak-anak petani, peladang, pedagang, peniaga dan tukang kayu.Atau dengan kata lain Terakoya adalah sekolah untuk anak-anak selain dari anak-anak samurai dan pembesar.Walaupun terbahagi kepada dua, kedua-dua sekolah itu menggunakan sistem yang sama iaitu sistem one by one.Sistem one by one ialah sistem dimana seorang guru akan mengajar hanya seorang murid/pelajar sahaja.Guru juga akan mengajar mengikut kemampuan murid.Murid yang bijak akan melompat ke peringkat yang lebih tinggi manakala murid yang lemah akan diberi tunjuk ajar sehingga dia boleh bergerak ke peringkat yang seterusnya.

Sebagai contoh murid A dan B berusia 12 tahun dan kini mereka di peringkat 6 Terakoya.Oleh kerana murid A boleh memahami pelajaran peringkat 6 dalam masa 1/2 tahun dia akan bergerak ke peringkat 7 dahulu.Setelah 1/2 tahun di peringkat 6 murid B masih kurang memahami pelajaran peringkat 6.Oleh itu murid B tidak boleh bergerak ke peringkat 7 seperti murid A.

Selain itu,di sekolah mereka bukanlah seperti sekolah di Malaysia pada hari ini.Sebagai contoh di Terakoya anak-anak petani,peladang,pedagang dan tukang kayu bukan diajar membaca dan menulis sahaja malah mereka turut diajar untuk bertani,berdagang,bertukang serta menternak haiwan.Begitu juga di Hanko anak-anak samurai dan pembesar turut diajar tentang sisitem pentadbiran,undang-undang serta seni mempertahankan diri.

Jika sejak kanak-kanak lagi mereka telah diajar dan dilatih untuk bertukang maka apabila kanak-kanak itu dewasa kelak tidak mustahil kanak-kanak itu akan menjadi seorang tukang kayu yang hebat.

Selain daripada itu,apabila orang Jepun tahu membaca dan menulis(walaupun membaca dan menulis tulisan Kanji sahaja) ia memberi satu kelebihan kepada mereka untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dari Barat setelah pengaruh Barat sampai ke Jepun.

Sebagai contoh terdapat 2 orang pelajar iaitu Rantaro dan Kirimaru.Rantaro tahu menulis dan membaca tulisan abjad manakala Kirimaru pula tidak tahu membaca dan menulis tulisan abjad.Kedua-duanya diajar bahasa Melayu pada masa yang sama.Siapakah yang akan lebih mahir dalam bahasa Melayu?Semestinya Rantaro kerana dia sudah tahu menulis dan membaca abjad.

Contoh di atas adalah sama seperti situasi di Jepun ketika di zaman Edo.Apabila pengaruh sains dan teknologi Barat masuk ke Jepun dengan mudah mereka dapat mempelajarinya kerana ketika itu mereka sudah tahu membaca dan menulis.

Sebenarnya banyak lagi faktor kemajuan teknologi di Jepun yang lain dan ini merupakan hanya salah satu faktornya yang saya pelajari di kelas Kokusai Kankei Enshu (kelas yang mengajar hal ehwal antarabangsa atau dalam kata lain international relations and affairs).Segala kesilapan fakta atau maklumat harap dimaafkan.

Saya akhiri entri ini dengan tafsiran Surah Al-Rad ayat 11:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.



http://atiqahjasni.blogspot.com/

Pemikiran Melayu &pencapaian dari sudut sains dan teknologi

“BILA membincang tentang pemikiran Melayu, tokoh ilmuan, Profesor Diraja Ungku Aziz seringkali membicarakan tentang tragedi pemikiran Melayu,” kata Profesor Dr. Fatimah Abang daripada Universiti Malaysia Sarawak(Unimas) membentangkan kertas kerja Sains dan Teknologi dan Masyarakat Melayu: Suatu Perspektif pada Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-5 di Kompleks Pelancongan Sarawak, Kuching.

Dr. Fatimah menjelaskan, budaya Melayu yang tidak menggalakkan bertanya adalah tidak saintifik kerana pendekatan bertanya dan menyelidik merupakan dua elemen asas pemikiran berteraskan sains.

Menurutnya, pemikir zaman Yunani menyelsaikan masalah dengan bertanyakan soalan.

“Bersoal-jawab merupakan amalan mereka dalam menyelesaikan sesuatu kemusykilan. Malah, pemenang Hadiah Nobel Laureatte meraih kejayaan melalui penyelidikan yang dicetus oleh soalan-soalan asas dari minda inkuisitif terhadap sesuatu kejadian Ilahi.

“Tetapi untuk orang Melayu, budaya minda inkuiri ini tidak begitu berkembang. Sebahagian ini kemungkinan lahir dari budaya ‘tidak bertanya soalan’ atas sebab tanda hormat kepada orang yang lebih tua (yang tersemai dalam budaya Melayu.

“Di kalangan masyarakat Melayu tradisi, bertanya soalan dianggap biadap. Namun demikian, hari ini budaya ini tidak sekuat dulu. Ibu bapa generasi hari ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan mereka yang berpelajaran. Walau bagaimanpun, tidak dinafikan masih terdapat keluarga tradisi yang masih mewaris budaya fikir tersebut,” katanya.

Ungku Aziz kata Fatimah menjelaskan, pemikiran Melayu hari ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British.

Banyak terdapat bahan ilmiah membincangkan bagaimana British mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu – sikap lebih kepada menerima dan mengguna, dan kurang bertanya dan menyiasat.

Selain minda terjajah, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan midan seperti buda fikir, faktor pemakanan dan pengaruh keluarha dan insan terdekat.

“Taraf pendidikan ibu, latar belakang keluarga dan sosio-ekonomi sedikit sebanyak memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan seseorang insan. Sebagai insan paling rapat dengan anak, taraf pendidikan ibu boleh mempengaruhi minda dan seterusnya budaya fikir anak.

“Taraf pendidikan juga boleh dikaitkan dengan pemikiran tahap tinggi. Justeru, ibu yang berpendidikan tinggi secara langsung menerapkan pemikiran yang tinggi kepada anak.”

Mengenai pencapaian Melayu Sarawak dalam bidang sains dan teknologi, Dr. Fatimah menjelaskan, perkataan sains dan teknologi telah menjadi begitu sinonim dengan kemajuan sesuatu bangsa atau negara.

Pendek kata, sesuatu bangsa atau negara itudinilai sebagai maju dan makmur jika perkembangan sains dan teknologi itu pesat, kata.

“Sewajarnya begitu kerana sains mempunyai tanggungjawab sosial dan sentiasa saling berhubung dengan bidang-bidang kemanusiaan yang lain.

“Justeru itu, pengetahuan sains dan teknologi mampu membawa kesejahteraan hidup penduduk sesuatu negara dan membawa kepada kemakmuran eknomi sesebuah negara,” katanya.

Menurutnya, dalam konteks dunia global, Malaysia khususnya bangsa Melayu masih dianggap ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi.

“Untuk mencapai kemajuan dalam bidang tersebut, pembudayaan sains dan teknologi harus berlaku,” katanya.

Dari kaca mata orang Melayu, mungkin sains dan teknologi masih dilihat sebagai perkara pinggiran dan hanya dikaitkan dengan anak-anak yang masuk ke sekolah atau ke institut pengajian tinggi sahaja.

Sehubungan itu, maka tidak hairan jika dikatakan orang Melayu jauh tertinggal dalam bidang sains dan teknologi.

“Tidak dinafikan bahawa terdapatnya Melayu Sarawak yang telah meraih kejayaan yang cemerlang sebagai doktor perubatan, jurutera dan saintis pelbagai bidang sains.

“Berasaskan pemikiran saya, dan hasil penelitian bahan-bahan rujukan ilmiah yang berkisar sekitar isu Melayu dari sudut sains dan teknologi, pendidikan, pemikiran dan sebagainya, pencapaian orang Melayu Sarawak dalam bidang sains dan teknologi boleh dikatakan masih kurang.”

Masalah itu katanya, harus ditangani dengan serius jika mahu matlamat dalam mengangkat martabat bangsa Melayu tercapai, perlu ditangani dari peringkat akar umbi – dalam sistem pendidikan bermula dari sekolah rendah lagi.

Usaha dalam menggalakkan pelajar Melayu menjurus kepada bidang sains dan teknologi ujarnya, harus dipupuk dan disemai dari awal lagi.

“Seterusnya, langkah memperbanyakkan bilangan ini diteruskan, dipantau dan dinilai pencapaiannya sehingga ke tahap graduan yang keluar dengan ijazah dalam bidang sains dan teknologi dan menjadi profesional negara,” katanya.

UTUSAN SARAWAK, 4 April 2009

Tentera Berbaju Putih



Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan lokal yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung kereta kebal Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.

Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para Mujahidin mampu membuat “kaum pengganas” itu tidak dapat menguasai Gaza, walau mereka hanya dengan berbekalkan senjata-senjata “kuno”.Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas.


Kisah tentang munculnya “pasukan lain” yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa “aneh” lainnya selama pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para wartawan, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumat mereka. Pasukan “Berseragam Putih” di GazaAda “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.



Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah seorang anak lelaki disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Saat disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera Israel itu malah marah dan memukulnya hingga pemuda malang itu pengsan. Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, lelaki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenali. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.”

Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, dari pasukan mana?” Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawapan satu-satunya yang ia miliki.Suara Tak Bersumber. Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).

Khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut. “Saya telah menanam sebuah ranjau. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam periuk api” kata pejuang tadi. Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira periuk api itu tidak akan bekerja seoptimanya. Maklum, jumlah musuh amat ramai.

Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya kurang lebih, “tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali. “Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, karena tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.

Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melewati periuk api yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Periuk api itu tiba-tiba meledak amat dahsyat. Kereta kebal yang berada di dekatnya turut hancur. Ramai tentera Israel meninggal terus. Sebahagian dari mereka terpaksa diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam situs alraesryoon.com, ikut mendukung kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, “Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencoba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”

Cerita mengenai “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak meninggalkan rumah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel. Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis?” tanyany. “Kami menangis bukan karena khuatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya saksi tentera Israel

Cerita tentang “serdadu berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa tentera pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa. Laman Al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.

Sumber dari Muhasibiey.blogspot.com
2010