
Kenapa Teknologi di Jepun Maju??
Source:http://atiqahjasni.blogspot.com/2009/08/kenapa-teknologi-di-jepun-maju.html
Mesti ada yang pernah tertanya-tanya bagaimana Jepun boleh menjadi antara negara yang maju serta memiliki teknologi kejuruteraan yang hebat.(bukan teknologi kejuruteraan sahaja yang hebat,teknologi perubatan, makanan, senireka pun hebat)
Kita boleh berandaian bahawa teknologi di Eropah hebat disebabkan mereka telah mencuri idea-idea serta ilmu matematik, sains dan teknologi dari ilmuwan Islam ketika Perang Salib tetapi kita tidak boleh beranggapan sebegitu terhadap teknologi Jepun kerana Jepun tidak pernah menjajah atau berperang dengan dunia Islam.(Tanah Melayu tidak termasuk kerana ketika Jepun menyerang Tanah Melayu tiada ilmuwan Islam yang hebat di Tanah Melayu seperti Ibnu Sina,Ibnu Khaldun.Maafkan saya andai tersilap)
Seperti yang kita semua sedia maklum Jepun adalah negara pulau seperti Filipina dan Indonesia.Oleh sebab itu sukar untuk pengaruh luar untuk memasuki negara Jepun termasuk pengaruh pendidikan Barat.Namun begitu ia tidak bermaksud bahawa pendidikan di Jepun keciciran atau ketinggalan.Buktinya ialah hampir 100% penduduk Jepun ketika di zaman Edo tahu menulis dan membaca tulisan Kanji(sistem tulisan Bahasa Jepun yang menggunakan simbol Bahasa Cina atau bahasa mudahnya ialah Chinese Character).
Faktor yang menyebabkan hampir 100% penduduk di Jepun boleh membaca dan menulis tulisan kanji adalah kesan keberkesanan sistem pendidikan ketika di zaman itu.Walaupun kelihatan agak kejam kerana sistem pendidikan ketika di zaman Edo terbahagi mengikut hierarki namun ia tidak bermakna golongan yang di kelas bawahan tidak mendapat pendidikan yang sempurna.
Sistem pendidikan ketika di zaman Edo terbahagi kepada dua iaitu Hanko dan Terakoya.Hanko adalah sekolah untuk anak-anak samurai serta anak-anak pembesar manakala Terakoya adalah sekolah untuk anak-anak petani, peladang, pedagang, peniaga dan tukang kayu.Atau dengan kata lain Terakoya adalah sekolah untuk anak-anak selain dari anak-anak samurai dan pembesar.Walaupun terbahagi kepada dua, kedua-dua sekolah itu menggunakan sistem yang sama iaitu sistem one by one.Sistem one by one ialah sistem dimana seorang guru akan mengajar hanya seorang murid/pelajar sahaja.Guru juga akan mengajar mengikut kemampuan murid.Murid yang bijak akan melompat ke peringkat yang lebih tinggi manakala murid yang lemah akan diberi tunjuk ajar sehingga dia boleh bergerak ke peringkat yang seterusnya.
Sebagai contoh murid A dan B berusia 12 tahun dan kini mereka di peringkat 6 Terakoya.Oleh kerana murid A boleh memahami pelajaran peringkat 6 dalam masa 1/2 tahun dia akan bergerak ke peringkat 7 dahulu.Setelah 1/2 tahun di peringkat 6 murid B masih kurang memahami pelajaran peringkat 6.Oleh itu murid B tidak boleh bergerak ke peringkat 7 seperti murid A.
Selain itu,di sekolah mereka bukanlah seperti sekolah di Malaysia pada hari ini.Sebagai contoh di Terakoya anak-anak petani,peladang,pedagang dan tukang kayu bukan diajar membaca dan menulis sahaja malah mereka turut diajar untuk bertani,berdagang,bertukang serta menternak haiwan.Begitu juga di Hanko anak-anak samurai dan pembesar turut diajar tentang sisitem pentadbiran,undang-undang serta seni mempertahankan diri.
Jika sejak kanak-kanak lagi mereka telah diajar dan dilatih untuk bertukang maka apabila kanak-kanak itu dewasa kelak tidak mustahil kanak-kanak itu akan menjadi seorang tukang kayu yang hebat.
Selain daripada itu,apabila orang Jepun tahu membaca dan menulis(walaupun membaca dan menulis tulisan Kanji sahaja) ia memberi satu kelebihan kepada mereka untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dari Barat setelah pengaruh Barat sampai ke Jepun.
Sebagai contoh terdapat 2 orang pelajar iaitu Rantaro dan Kirimaru.Rantaro tahu menulis dan membaca tulisan abjad manakala Kirimaru pula tidak tahu membaca dan menulis tulisan abjad.Kedua-duanya diajar bahasa Melayu pada masa yang sama.Siapakah yang akan lebih mahir dalam bahasa Melayu?Semestinya Rantaro kerana dia sudah tahu menulis dan membaca abjad.
Contoh di atas adalah sama seperti situasi di Jepun ketika di zaman Edo.Apabila pengaruh sains dan teknologi Barat masuk ke Jepun dengan mudah mereka dapat mempelajarinya kerana ketika itu mereka sudah tahu membaca dan menulis.
Sebenarnya banyak lagi faktor kemajuan teknologi di Jepun yang lain dan ini merupakan hanya salah satu faktornya yang saya pelajari di kelas Kokusai Kankei Enshu (kelas yang mengajar hal ehwal antarabangsa atau dalam kata lain international relations and affairs).Segala kesilapan fakta atau maklumat harap dimaafkan.
Saya akhiri entri ini dengan tafsiran Surah Al-Rad ayat 11:
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
http://atiqahjasni.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment