Sebuah Kehidupan

on Sunday, November 29, 2009


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Disini aku hendak menulis sebagai tatapan sesiapa yang ingin membacanya.

" Berubahlah, berubah menjadi yang lebih baik dan jadikan diri sendiri lebih baik dari yang terbaik. Hakikatnya berubah memerlukan usaha yang jitu dan berkorban dalam merealisikan satu perubahan yang kamu inginkan. 'Hidup bermakna' tidak semestinya mendapat kesenangan sebenarnya, memiliki kekentalan semangat untuk meredah halangan merupakan satu bentuk kepuasan sekaligus menjadikan hidup itu bermakna. Kesedapan hanya sementara dan tiada guna mengecapinya jika ia dalam kuantiti sedikit.


APAKAH MAKNA PERUBAHAN?

Setelah aku membuat keputusan, aku akan laksanakan perlaksanakan itu memerlukan tempoh dan tempoh itu tidak akan diketahui. Setiap manusia akan berubah baik dari segi pemikiran ,tubuh badan dan sebagainya. Perubahan itu seiring dengan pertumbuhan dan juga pengalaman yang mereka perolehi.
Perubahan terbahagi kepada dua iaitu ke arah kejahatan dan juga ke arah kebaikan. Maka orang yang disekeliling kepada orang yang menerima perubahan itu juga terbahagi kepada dua iaitu sukakan perubahan atau bencikan perubahan tersebut. Setiap orang yang berubah akan terus komited dengan perubahannya sehingga orang yang berada di sisi mereka akan berasa hairan yang amat sangat. Itu adalah normal. Akan tetapi penerimaan orang yang disekeliling kadangkala merubah juga orang yang ingin atau sedang berubah. Itu adalah perkara biasa dalam konteks pemerhatian.
Setiap yang berubah ke arah kejahatan akan menimbulkan persepsi kehairanan oleh masyarakat dan begitulah sebaliknya. Dari kehairanan akan timbul perasaan yang kuat dan kemudiannya terjadilah penerimaan dan pemulauan.
Perancangan yang berkualiti akan memakan masa. Tidak mudah untuk mencipta sebuah perancangan yang berkualiti. Kejayaan yang hebat bergantung kepada perancangan yang hebat. Itulah hakikat.
Maka dengan ini, perancangan pembelajaran adalah merumitkan dan laluan melalui saluran ini amat memenatkan. Perancangan ini memerlukan sebuah pengorbanan dan nilai kesungguhan yang jitu.
Rangka perancangan amat penting dan ianya perlu dibuat dari awal walaupun ianya berada hanya ketepatan 10% sahaja. Namun dari rangka inilah menimbulkan pelbagai jalan dan cabang yang baru dan dari itu akan muncul pelbagai masalah yang menuntut untuk ditangani segera.
Aku akan mengemukakan satu permasalah di sini. Aku adalah seorang pelajar yang tidak punya apa-apa dan celaka orangnya. Jadi dari sini, aku ingin membuat rangka perancangan yang menjadi asas kepada perancangan yang sempurna. Jadi di sini, aku sedag belajar di UDM dan masa untuk aku habiskan elajaran ini ialah 3 tahun.
Jadi di sini akan muncul pelbagai persoalan. Apakah yang ingin dirangka? - Masa depan. Muncul soalan - Apakah yang anda inginkan di masa hadapan? Jadi sini kita boleh huraikan satu persatu apa kita yakin dapat melakukan dan juga yang pasti dilakukan secara kasar dan tidak terperinci. Maksudnya, hanya merangka sahaja .

No comments:

Post a Comment